Chelsea meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Burnley 2-1, sekali gus memberi tekanan kepada pasukan di tangga keempat, Tottenham Hotspur.

The Blues bermula baik selepas Kevin Long menjaringkan gol sendiri pada separuh masa pertama sebelum Ashley Barnes menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Victor Moses muncul wira pasukan selepas sepakan kaki kanannnya gagal diselamatkan penjaga gol Burnley, sekali gus memberikan tekanan kepada Spurs dengan dibezakan lima mata.

Chelsea berpeluang untuk meningkatkan tekanan kepada musuh setempat itu apabila mereka akan bertemu Swansea pada 28 April.

Spurs bakal bertemu Manchester United pada aksi separuh akhir Piala FA dan tidak terlibat dalam saingan domestik sehingga 30 April menentang Watford.

Apa yang paling mencuri tumpuan ialah kegagalan penyerang Chelsea, Alvaro Morata menjaringkan gol sekali pun hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol.

Foto Kredit : bola(dot)net