Connect with:




N’Golo Kante menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk meninggalkan Chelsea di sebalik spekulasi mengatakan bahawa dia akan menyarung jersi Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu menyertai Chelsea dari Leicester City pada 2016 dan merupakan tonggak penting ketika Chelsea memenangi kejuaraan EPL pada musim pertama beliau di Stamford Bridge.

Chelsea sedang bergelut untuk mendapatkan rentak seperti musim lalu dan menduduki tempat kelima musim ini, lima mata di belakang Tottenham dengan berbaki lapan perlawanan lagi.

Media antarabangsa melaporkan bahawa PSG ingin membawa Kante ke Parc des Princes musim depan, dengan mereka mempunyai potensi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Tetapi Kante memberitahu bahawa beliau tidak berminat untuk meninggalkan Chelsea buat masa ini.

“Saya berada di ‘rumah saya’. Ini kelab saya, saya pemain Chelsea.

“Ini merupakan tahun kedua saya di sini. Selepas apa yang berlaku musim lepas, ia adalah sesuatu yang bagus kerana kami dapat memenangi trofi.

“Pada musim kedua saya, saya berpeluang bermain di Liga Juara-Juara dan kami akan menamatkan saingan musim ini di kelompok empat teratas.

“Kami akan berjuang sehingga penghujung musim dan memastikan Chelsea layak ke Liga Juara-Juara.

“Kami juga berada di separuh akhir Piala FA. Musim lepas kami gagal di final. Ia adalah satu-satunya trofi yang kami boleh dapat musim ini, jadi kami perlu berikan segala-galanya.”

Kante mempunyai baki tiga tahun lagi kontraknya di Stamford Bridge. – Sky Sports

Foto Kredit : irishnews(dot)com