Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mudah melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Yonex ALL England apabila menewaskan pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka, 21-9,21-11 dalam masa 27 minit di National Indoor Arena, Birmingham, England.
Sementara itu beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan pasangan tuan rumah, Chris Adcock dan Imogen Bankier, 21-16, 15-21, 21-17 dalam masa 56 minit untuk meneruskan cabaran pasukan negara di separuh akhir.