Connect with:




England bakal kehilangan khidmat Alex Oxlade-Chamberlain di Piala Dunia 2018 selepas pemain itu tercedera dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara Juara yang menyaksikan Liverpool menewaskan AS Roma 5-2.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-15 selepas bertembung dengan pemain Roma, Aleksandar Kolarov.

Dia yang menjalani pemeriksaan selepas perlawanan dan pegawai perubatan mengesahkan dia mengalami kecederaan ligamen lutut.

“Sangat tidak bagus mengalami kecederaan pada masa yang sangat penting,” kata Oxlade-Chamberlain.

Oxlade-Chamberlain telah bercakap dengan pengurus England, Gareth Southgate untuk memaklumkan kepadanya mengenai kecederaan itu.

“Kecederaan itu memaksa Oxlade-Chamberlain melupakan terus baki kempen Liverpool musim ini serta Piala Dunia di Rusia bersama skuad England,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.

“Dia kini telah memulakan program pemulihan untuk membolehkan dia kembali pulih dengan secepat mungkin untuk beraksi musim hadapan.”

Oxlade-Chamberlain setakat ini telah mengumpul sebanyak 32 caps untuk England, menyertai Liverpool daripada Arsenal dan telah menjaringkan lima gol dalam 41 penampilan bersama The Reds.

England diundi dalam kumpulan G di Piala Dunia bersama Belgium, Panama dan Tunisia.

Foto Kredit : dailystar(dot)co(dot)uk