Connect with:




Challo FC, pasukan yang dikenali ramai menerusi penampilan barisan selebriti tempatan dalam pasukan tersebut bakal mengadakan sesi pemilihan terbuka kepada orang ramai.

Juara District Social League UM Varsity musim kedua ini bakal beraksi dalam playoff Selangor Champions League 2020 dan pastinya bagi menempuh saingan yang lebih hebat, mereka memerlukan pemain yang berkebolehan untuk membawa Challo FC mara lebih jauh untuk musim ini.

Menurut Presiden kelab, Aedy Ashraf, sesi pemilihan tersebut akan diadakan pada Sabtu, 1 Februari 2020 di Padang B, Rhino KV Arena Shah Alam.

Sesi pemilihan tersebut akan bermula pada jam 8.30 pagi dan di mana jurulatih Shahidan Rusly akan menjadi ketua penilai pemilihan tersebut.