Connect with:




Paul Pogba, Franck Ribery, Sadio Mane, Ngolo Kante – kesemua mereka adalah bintang bolasepak beragama Islam.

Namun jika ditanya bintang muslim yang mana paling menyerlah musim ini, tidak ada jawapan lain selain penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Ekoran kecemerlangannya bersama The Reds, Salam dilaporkan bakal menerima sebidang tanah di Mekah.

Hal itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Perbandaran Tempatan Mekah, Fahd Al-Rowky.

Menurut laporan portal berita Sabq, keputusan ini bagaimanapun bergantung kepada keizinan oleh Arab Saudi, sama ada akan membenarkan Salah memiliki tanah di negara itu atau tidak.

Fahd salam laporan media menyebut terdapat dua pilihan iaitu yang pertama tanah tersebut diberikan kepada Salah.

“Pilihan kedua pula adalah sebuah masjid akan didirikan di atas tanah tersebut dan akan dinamakan sempena nama Salah,” kata Fahd.

Tanah yang dipertimbangkan untuk dihadiahkan kepada pemain dari Mesir itu dikatakan terletak tidak jauh dari Masjidil Haram.

Bagi Fahd, ia merupakan penghargaan kepad Salag yang dianggap sebagai wakil umat Islam di Britain.