Connect with:




Perebutan untuk merebut slot automatik ke EPL musim depan antara Cardiff City dan Fulham terpaksa ditentukan hingga perlawanan terakhir liga dan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Reading serta dibantu dengan kekalahan Fulham kepada Birmingham City membolehkan skuad Cardiff City dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Wolverhampton Wanderers yang muncul juara Liga Kejuaraan England akan bersama-sama dengan Cardiff City ke kancah EPL musim dengan manakala satu lagi slot akan diisi pasukan yang muncul juara di pusingan ‘Play-off’ yang melibatkan Fulham, Aston Villa Middlesbrough dan Derby Country.

Cardiff City sebelum ini pernah bermain di EPL pada musim 2013/2014 namun hanya mampu bertahan satu musim sahaja apabila gagal bersaing dengan pasukan elit yang lain.

Pemilik kelab Cardiff City, Vincent Tan merupakan orang Malaysia dan kenaikkan mereka ke EPL sedikit sebanyak memberi kebanggaan kepada kita apatah lagi di ‘jersey’ rasmi mereka terpampar ‘Visit Malaysia’.

Diharapkan Cardiff City mampu memberi saingan dalam kancah EPL musim depan dan mampu bertahan lebih lama dalam EPL.

Jom kita tonton detik-detik yang menggembirakan apabila Cardiff City ke kancah EPL,

Foto Kredit : Cardiff City Football Club

Video Kredit : M Double A Armes