Connect with:




Nama Agilan Thani sudah semakin kuat dalam arena sukan MMA bukan sekadar di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.

Dengan rekod profesional 9 kemenangan dan 1 kekalahan, Agilan sememangnya pertarung divisyen welterweight yang digeruni terutamanya menerusi skill ‘grappling’ yang dimiliknya.

Namun dalam MMA, kekuatan fizikal semata-mata tidak akan menjamin kemenangan. Sebaliknya, ia juga perlu diperkasakan dengan kekuatan mental.

Bagi Agilan, salah satu cara bagi meningkatkan kekuatan mentalnya adalah dengan membela binatang peliharaan. Agilan kini mempunyai 4 ekor anjing berbeza baka dalam jagannya.

“Saya mempunyai 4 ekor anjing. Kesemuanya mempunya nama tersendiri iaitu Premium (Rotweiler), Bella (Pitbul), Mayo (Husky) dan Mimo (Poddle).

Training my dogs again today @thebeaglemania

A post shared by agilan thani (@agilanthani) on

Menurut Agilan, di membuat keputusan untuk membela anjing pada bulan Mac tahun ini.

“Membela 4 ekor anjing bukan perkara yang mudah. Saya bukan sahaja membela tetapi melatih anjing-anjing saya ini selain mengkaji perangai setiap baka. Ini untuk mengelakkan anjing-anjing ini berkelakuan baik – tidak menyepahkan rumah serta tidak mengganggu orang lain.

“Semua perkara ini sebenarnya memberi stimulasi kepada otak. Ia sekaligus memainkan peranan penting dalam membina kekuatan mental kepada saya di dalam gelanggang” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai pertarungannya menentang Zebastian Kadestam pada ONE: PURSUIT OF POWER di Axiata Arena malam ini, Agilan mengakui persiapannya tidaklah sehebat pertarungan-pertarungan sebelum ini.

“Kali ini, latihan saya sedikit kurang. Ini semua disebabkan kecederaan belakang yang saya alami dalam pertarungan sebelum ini.

“Selama 7 minggu saya hanya mampu terbaring. 5 minggu sebelum aksi malam ini, saya ditawarkan aksi. Saya menerimanya tanpa berfikir panjang kerana saya rindu untuk beraksi di dalam gelanggang.