Pada pertembungan antara Juventus dan Napoli tempoh hari, ramai peminat sukan bola sepak tertanya-tanya mengenai calit merah yang seakan-akan lipstik wanita itu fi muka pemain kedua-dua pasukan.

Sebenarnya, itu adalah salah satu tanda sokongan kepada kempen anti keganasan terhadap wanita yang dijalankan sebuah pertubuhan kemanusiaan Itali, ‘WeWorld Onlus’.

Kempen itu mendapat sokongan dari seluruh Itali dengan #unrossoallaviolenza (kad merah untuk keganasan)

Ramai pemain ternama dunia menunjukkan tanda sokongan mereka dengan memakai calit merah seperti Paulo Dybala, Marek Hamsik, Radja Nainggolan, Gianluigi Buffon dan ramai lagi.

Pemain dan pengadil akan ditemani oleh gadis-gadis ketika memasuki padang dan mempunyai tanda merah di wajah mereka sebagai tanda sokongan terhadap kempen kesedaran itu. – CNN

Foto Kredit : mirror(dot)co(dot)uk