Connect with:




Calisthenics adalah senaman yang memerlukan ketahanan badan anda sendiri untuk membina kekuatan, meningkatkan fleksibiliti dan membakar lemak. Senaman ini tidak memerlukan sebarang peralatan atau pemberat dan boleh dilakukan di mana-mana tempat yang mempunyai  lantai dan juga ruang yang cukup untuk bergerak. Antara kebaikan senaman calinsthenics ialah :

 

Meningkatkan otot badan

Senaman calisthenics adalah satu-satunya cara untuk membina jisim otot dan kekuatan tanpa menggunakan pemberat. Tetapi, senaman ini mungkin bukan pilihan buat mereka yang membina badan jenis ‘hardcore’. Otot dinina berdasarkan prinsip rintangan progresif. Senaman ini juga boleh membina jumlah jisim otot yang kita inginkan, dan mengekalkannya terutama untuk mereka yang ingin mendapatkan pertumbuhan otot sederhana.

 

Fleksibiliti

Apabila anda semakin kuat, anda juga boleh menjadi fleksibel. Secara faktanya, anda tidak boleh menjadi lebih fleksibel tanpa membina kekuatan otot. Dan jika kita sudah mempunyai otot yang kuat, kita boleh fokus kepada otot yang lemah terlebih dahulu. Senaman calisthenics adalah cara yang ideal untuk meningkatkan fleksibiliti melalui pembinaan otot.

 

Mengurangkan berat badan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, anda boleh cuba melakukan senaman calisthenics kerana ia membakar lemak dari dua arah. Pertama, latihan membina jisim otot dan kekuatan di seluruh badan anda. Peningkatan berat atau jisim otot akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan anda, membolehkan anda membakar lebih banyak kalori setiap saat.

Kedua, senaman ini juga akan meningkatkan kadar denyutan jantung anda. Ia merupakan senaman aerobik, salah satu cara paling berkesan untuk membakar lemak.

 

Ketahanan

Salah satu kesan paling ketara jika anda mengamalkan senaman ini ialah ia meningkatkan ketahanan tubuh badan. Jika anda berulang kali melakukan senaman ini, ketahanan badan anda akan meningkat kerana otot anda sentiasa aktif sepanjang masa. Ia juga meningkatkan kadar metabolisme badan anda yang membakar kalori dalam badan. Calisthenics juga meningkatkan ketahanan di seluruh bahagian tubuh, termasuk sistem kardio-vaskular.

Calisthenics boleh meningkatkan pelbagai aspek fizikal anda. Ini adalah latihan yang sangat baik untuk kecergasan dan kesihatan. Tidak peduli apa matlamat fizikal anda, senaman ini berbaloi dilakukan jika anda ingin mencapai matlamat bentuk badan anda itu.