RainForest Challenge 2017 (RFC 2017) Grand Final sekali lagi melabuhkan tirainya di Malaysia buat kali yang ke-21, pagi tadi.

Penganjuran kali ini berlangsung selama 12 hari dari 24 November hingga 5 Disember 2017.

Peserta akan mengalami cabaran hutan hujan tropika yang beriklim khatulistiwa dalam memenangi gelaran juara RainForest Challenge 2017.

RFC 2017 kali ini dimeriahkan dengan penyertaan lebih daripada 30 negara serata dunia.

Pengasas RFC International , Luis Wee menyatakan hujung tahun merupakan musim monsun, jadi peserta akan bertanding dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.

“Memang akan bertanding dalam lumpur kerana peserta akan bertanding dalam keadaan basah akibat hujan “, ujarnya.

Majlis ‘Flag-off’ dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Perlancongan dan Sukan Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Zaharudin bin Hj Basiron pada jam 10 pagi.

Cabaran ‘offroad’ pacuan empat roda ini tersenarai dalam 10 cabaran pacuan empat roda paling mencabar dalam dunia