Penantian selama 15 tahun kembali cerah buat kelab dari liga Belanda Feyenoord apabila layak untuk merebut tahta Liga Juara-Juara selepas menjulang piala liga Belanda pada musim lalu.

 
Bagaimanapun, mereka dijangka melalui liku yang sukar apabila bakal berhadapan kelab gergasi Inggeris Manchester City, Khamis ini.
Jurulatihnya, Giovanni Van Bronckhorst berpendapat perlawanan tersebut dapat menguji tahap kekuatan serta menilai kelemahan skuadnya untuk diperbaiki secepat mungkin.

 
“Kami berkesempatan untuk memperbaiki mutu kualiti perlawanan apabila berhadapan dengan lawan berbakat besar dan sudah pastinya ia merupakan cabaran yang hebat buat saya,” katanya.
Mahupun begitu, mereka tetap bersemangat untuk menempuh cabaran yang getir sekalipun berada dalam kumpulan bersama City, Napoli dan Shakhtar Donetsk.

 
“Walaupun pasukan bimbingan saya akan berhadapan jalan yang sukar tetapi ia bagaikan satu pengalaman bermakna buat pasukan saya untuk merebut kejuaraan tersebut dari kelab-keab ternama, ujar bekas pertahanan Barcelona yang telah merasai Piala UEFA pada tahun 2006.

 
Feyenoord adalah merupakan kelab Belanda yang pertama muncul juara Eropah dan berjaya menjulang piala UEFA sebanyak dua kali namun selepas beberapa dekad lalu mereka jauh ketinggalan di belakang dua musuh tradisi iaitu Ajax Amsterdam dan PSV Eindhoven.

Foto Kredit: Twitter Feeyenord