Connect with:




Pengaruh Mohamed Salah semakin menjadi-jadi apabila terbaru, but yang dipakainya akan dipamerkan di dalam sebuah muzium Mesir di British.

Penyerang Mesir itu mempamerkan persembahan cemerlang musim ini apabila merekod 32 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris sekali gus membolehkan dia memenangi anugerah kasut emas.

Butnya akan dipamerkan di dalam muzium sehingga perlawanan akhir Liga Juara Juara menentang wakil Sepanyol, Real Madrid.

“But ini menceritakan tentang kisah ikon Mesir, fenomenanya di UK, dengan memberi kesan kepada seluruh dunia,” kata penjaga pameran Neal Spencer.

Salah juga memainkan peranan penting dalam kelayakan Mesir ke Piala Dunia Rusia 2018.

Foto Kredit : thenational(dot)ae