Connect with:




Francais makanan segera, Buger King di Rusia telah memohon maaf dan sanggup berdepan tindakan selepas menawarkan wanita dengan ganjaran 3juta rubble ( RM 189 206) dan burger ‘Whopper’ percuma sepanjang hidup jika mereka berjaya hamilkan bayi bersama pemain Piala Dunia.

Promosi ini sudah pasti telah mencetuskan kemarahan orang ramai yang menganggap ‘sexism’ (dimana mereka memandang wanita sebagai simbol seksual di Rusia) semakin teruk dan harus dibendung.

Apa yang lebih mengharukan industri pengiklanan dan media menyokong wanita di Piala Dunia Rusia sebagai  pemangsa seksual yang memburu mangsanya di sana.

“Ini adalah gambaran yang tidak tepat langsung dari norma pandangan masyarakat kita ke arah wanita,” kata seorang komuniti feminis mengenainya menerusi aplikasi pesanan Telegram.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan penyokong bola sepak Brazil yang menyanyi dengan kata yang kasar kepada seorang wanita Rusia yang menimbulkan kemarahan rakyat di Brazil.

Namun, berbeza di Rusia, reaksi yang dipamerkan tidak mendapat perhatian orang ramai.

Dalam video tersebut, wanita itu yang tidak tahu berbahasa Portugis kelihatan tersenyum dan berusaha menyanyi bersama penyokong Brazil tanpa menyedari lagu berkenaan adalah sebahagian daripada anatomi tentang dirinya.

Foto Kredit: NewsLocal