Connect with:




Pertahanan yang baru menyarung jersi Pahang, Bunyamin Umar menyimpan hasrat untuk menjulang sekurangnya satu piala buat pasukan yang baru dia sertai bagi musim 2018.

 

Malah, pemain berusia 29 tahun itu ingin memperkukuhkan lagi pertahanan pasukan Pahang apabila melihat cabaran yang kuat pada musim hadapan.

 

Bekas pertahanan Selangor ini mengakui bahawa perlu memperbanyakkan lagi latihan untuk membentuk keserasian yang kuat di kalangan rakan pasukan.

 

Dia juga akui dua minggu kemasukannya dalam skuad Tok Gajah, dia melihat bahawa rakan sepasukannya tampak bersemangat untuk membentuk pasukan yang mantap bagi memberi saingan yang sengit dalam kancah Liga Malaysia tahun hadapan.

 

Dia juga menambah, pengalaman dalam ilmu pertahanan juga akan digunakan sebaik mungkin untuk menjadikan pasukan Pahang sebagai pasukan yang digeruni.

 

Dia juga menyerahkan segalanya terhadap jurulatih, Dollah Salleh untuk dia (Bunyamin) tersenarai dalam skuad utama pasukan Pahang tahun hadapan.

 

Bunyamin memulakan kerjaya sebagai pemain Kedah pada 2005 sehingga 2007, sebelum ke UPB-My Team 2007 hingga 2009 dan Selangor 2009 hingga 2017.

 

Foto: Alchetron