Connect with:




London: Tahap kecerdasan yang kurang memberangsangkan menjadi penyebab buat Rafael Nadal menarik diri dalam Pusingan Akhir ATP awal pagi tadi.

Nadal yang juga tumpas tiga set kepada David Goffin 7-6 (7/5), 6-7 (4/7), memusnahkan harapannya untuk menjuarai kejohanan buat musim ini.

Bintang Sepanyol itu hadir pada kejohanan itu dengan keraguan menyelubungi tahap kecergasannya selepas menarik diri daripada Masters Paris kerana kecederaan lutut.

 

Trivia tentang ” King of Clay “

Foto Kredit : Twitter ( @RafaelNadal)

-Rafael “Rafa” Nadal Parera lahir pada 3 Jun 1986 di Manacor, Balearic Islands, Spain.

-Bapanya, Sebastián Nadal merupakan seorang usahawan yang memiliki syarikat insurans dan mempunyai restoran sendiri, Sa Punta.

-Ibunya, Ana María Parera seorang surirumah.

-Nadal mempunyai seorang adik perempuan ,María Isabel.

-Pakciknya, Toni Nadal yang juga bekas pemain professional sukan tennis telah memperkenalkan tennis kepada Nadal seawal usianya 3 tahun.

-Dilatih untuk bermain tennis menggunakan tangan kiri kerana ianyan memberi kelebihan yang banyak buat seseorang pemain tennnis.

 

Kejayaan Nadal sejak Kecil

Foto Kredit : Twitter ( @RafaelNadal)

-Pada usia lapan tahun, Nadal telah memenangi kejuaraan Tennis bawah 12 tahun.

-Pada usia 12 tahun, Nadal telah memenangi kejuaraan Sepanyol dan Eropah.

-Pada Mei 2001, beliau mengalahkan Pat Cash iaitu juara kejohanan Grand Slam bekas dalam perlawanan tanah liat.

-Seawal usia 15 tahun,Nadal telah bergelar pemain professional, dan menyertai dua acara di litar junior ITF.

-Di usia 17 tahun, Nadal telah menewaskan Roger Federer dan menjadi pemain termuda yang layak untuk pusingan ketiga di Wimbledon.

-Kemenangan demi kemenangan dimilikinya dan di usia 19 tahun Nadal memenangi kejohanan Terbuka French dan itu merupakan kali pertama Nadal bermain dalam kejohanan itu.

-Nadal telah memenangi 14 gelaran perseorangan Grand Slam, pingat emas Olimpik 2008 dalam perseorangan, 28 gelaran dalam acara ATP World Tour Masters 1000, dan 17 kejohanan ATP World Tour.

-Kemenangan Nadal masih diteruskan sehingga kini malah pelbagai kejuaraan besar juga telah dimenanginya.

-Kisah hidupnya disemai dalam buku nukilan John Carlin bertajuk Rafa (Hyperion, 2012, ISBN 1401310923) yang telah dikeluarkan pada Ogos 2011

 

Sumber AFP