Connect with:




Semangat juang yang tinggi dan tidak berputus asa. Itulah ungkapan yang mampu digambarkan kepada pelumba basikal para negara, Muhammad Afiq Afify Rizan dan jurumudi, Muhammad Khairul Adha Rasol berjaya memecahkan rekod Asia acara satu kilometer ujian masa pada Kejohanan Basikal Trek Para Dunia 2018 di Rio de Janeiro, Brazil hari ini.

Afiq Afify dan Khairul Adha berjaya mencatat masa 1 minit 4.192 saat (s) sekali gus memadamkan rekod lama 1.04.266s yang dicipta gandingan Jepun, Tatsuyuki Oshiro-Yasufumi Ito pada Sukan Paralimpik London 2012.

Bagaimanapun, mereka sekadar menduduki tempat kelapan daripada 20 peserta dengan perlumbaan itu dimenangi gandingan Great Britain, Neil Fachie dan jurumudi, Matthew Rotherham yang mencatatkan masa 59.686s.

Perak pula dimenangi satu lagi wakil Great Britain, James Ball-Peter Mitchell (1:00.535s) manakala pasangan Belanda, Tristan Bangma-Patrick Bos meraih gangsa (1:00.755s).

Satu lagi wakil Malaysia iaitu gandingan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali-Muhammad Firdaus Mohd Zonis menduduki tempat terakhir.

Stroll yang menaiki podium di Azerbaijan pada musim pertamanya tahun lalu menamatkan saingan GP Australia di di kedudukan ke-14.

Sumber: Harian Metro

Foto Kredit: stadiumastro.com