PUMA mempamerkan jersi baharu pasukan Itali secara rasmi selepas Giianluggi Buffon diberi penghormatan memakainya di sekitar Torino yang turut terdapat mural memaparkan penjaga gol itu hasil kerja tangan Kamp Seedorf.

Pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Macedonia yang berkesudahan 1-1, hanya Buffon yang memakai jersi baharu ini sebagai tanda penghormatan atas jasanya menyumbang bakti kepada The Azzuri sejak 1997. Pemain-pemain lain pula hanya akan memakainya pada perlawanan menentang Albania, pagi nanti.

Bersempena dengan ulang tahun ke-20 sejak penampilan pertama beliau, PUMA meminta Kamp Seedorf – satu kumpulan artis grafiti yang terkenal dengan grafiti-grafiti budaya bolasepak memotretkan Buffon menerusi cara yang unik.

Bukan setakat di Turin, mural ini juga dilakar di bandaraya-bandaraya yang pernah menyaksikan Buffon beraksi di pentas Piala Dunia seperti Paris, Tokyo, Berlis, Johannesburg dan Sao Paolo. Turut serta ialah bandaraya yang berkemungkinan akan menjadi lokasi beraksinya Buffon di Piala Dunia 2018 (jika Itali layak) iaitu Moscow.

Mengenai jersi, ia jelas berbeza dengan jersi terdahulu. Kali ini, seragam pasukan didominasi warna biru dengan lingkaran biru tua pada bahagian leher dan lengan.

Selain itu, terdapat gradasi warna biru muda pada bahagian lengan dan dada. Jersi baru itu turut dilengkapi bendera negara pada bagian belakang kerah dan ujung lengan.

Jersi baharu Itali ini turut direka bentuk menggunakan teknologi evoKNIT yang meningkatkan pengurusan kelembapankan dan sistem penyejukan dimana ia membantu menyesuaikan fabrik dengan suhu badan pemain di atas badan.