Connect with:




Seorang pemain tenis Amerika Syarikat, Mike Bryan di denda sebanyak USD 10,000 oleh penganjur acara tenis Terbuka Amerika Syarikat (US Open) selepas melakukan aksi menembak menggunakan raketnya ke arah juri.

Mike yang berpasangan dengan kembarnya, Bob dalam acara beregu membuat aksi tersebut dalam perlawanan pusingan pertama menentang Federico Delbonis dan Roberto Carballes Baena.

Tindakan tersebut telah mengundang kecaman ramai pihak yang menganggap Mike tidak sensitif dengan apa yang berlaku beberapa jam sebelum perlawanan tersebut berlangsung dimana satu insiden tembakan rambang telah berlaku di Texas, mengorbankan 7 orang setakat ini.

Mike kemudian telah dikenakan penalti USD 10,ooo serta diberikan amaran keras.

“Saya meminta maaf atas perbuatan tersebut. Niat sebenar saya adalah untuk bergurau selepas berjaya mendapatkan mata.

“Saya berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut” jelas Mike dalam satu kenyataan.

Mike dan Bob merupakan gandingan beregu paling berjaya di Amerika Syarikat. Antara pencapaian hebat yang pernah diraih pasangan ini ialah memenangi Piala Davis, emas Olimpik 2012 dantelah memenangi keempat-empat Grand Slam.