Connect with:




Papan selaju, luncur ombak dan sport climbing merupakan acara baharu yang akan dipertandingkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sejak badan tadbir papan selaju, World Skate menganjurkan kejohanan dunia pertamanya tahun lepas di China, kini lebih daripada 40 negara terlibat dalam pusingan kelayakan ke Olimpik itu.

Rata-rata atlet papan selaju tidak melepaskan peluang bagi merebut slot ke temasya paling berprestij di dunia itu, tidak mengira usia mahupun jantina.

Lebih mengujakan, seorang gadis cilik berusia 10 tahun berkemungkinan bakal mencipta rekod sebagai atlet paling muda dalam sejarah sukan Olimpik yang akan berlangsung di Tokyo pada tahun depan.

Persoalannya siapakah dia? Dimana dia berasal dan bagaimana dia boleh melayakkan diri utuk beraksi di Olimpik 2020? Ayuh, kita rungkaikan satu persatu:-

1- Sky Brown dilahirkan di Jepun dan merupakan kacukan Britain dan juga Jepun sebelah ibunya.

2-  Baru berusia 10 tahun, dia kini diiktiraf sebagai atlet sukan papan selaju profesional termuda di dunia.

3- Untuk pengetahuan, rekod atlet termuda dalam sejarah Sukan Olimpik (musim panas) disandang perenang pasukan Great Britain Margery Hinton yang berusia 13 tahun 14 hari ketika Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam.

4- Sekiranya Brown dapat mewujudkan sebuah pasukan, dia akan berusia 12 tahun 12 hari ketika temasya berprestij itu membuka tirainya.

5- Sky Brown menerima dana daripada UK Sport untuk mempersiapkan diri bersaing di Tokyo tahun depan.

6- Dia pernah muncul dalam sebuah iklan (Kempen Nike) bersama atlet gimnas, Simone Biles pada usia lapan tahun dan kini menetap di Miyazaki.

7- Dia perlu menduduki ranking ke 20 terbaik dunia untuk bertanding di Tokyo

Biarpun masih ‘mentah’ dan mengakui masih belum berada di tahap yang sempurna, namun Sky Brown berazam untuk menggunakan peluang sebaiknya bagi melayakkan diri ke Olimpik 2020.

“Saya teruja kerana diberi peluang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Saya rasa jangan pedulikan usia anda.

“Saya kecil tetapi saya akan bertanding pada kejohanan besar. Anda boleh lakukan apa sahaja tanpa mengira berapa usia anda.

“Kadang kala saya hanya mahu melawan diri sendiri dan saya mahu lakukan apa yang budak lelaki lakukan.

“Saya fikir budak perempuan boleh lakukan apa yang (budak) lelaki buat,” katanya.

Foto: PA