Connect with:




Berikutan perlanggaran yang dialami bintang Brazil, Neymar ketika menentang Switzerland baru-baru ini, dia terpaksa meninggalkan kem latihan itu disebabkan mengalami kecederaan buku lali kanan yang serius.

Ketika sesi latihan, dia yang berlatih bersama beberapa pemain lain berasa sakit ketika berlari sekaligus menyekatnya untuk terus berlatih.

Dalam pada itu, tonggak  kelab PSG itu dijangka bakal menjalani rawatan fisioterapi pada tengahari ini dan tekad untuk menjalani latihan pada petang ini, lapor Doktor Rodrigo Lasmar.

Namun, kesakitan yang dialami Neymar mungkin akan mengehadkannya untuk terus bermain.

“Apa yang kita boleh lakukan adalah tenang dengan perkara ini. Kami merancang latihan yang lebih singkat untuk permulaan pada hari ini.

“Neymar merasakan kesakitan ketika berlatih dan dia kembali ke rawatan terapi fizikal, kemungkinan bakal menjalani latihan seperti biasa esok”, kata Doktor Rodrigo.

Terdahulu di Instagram Neymar pada Isnin, dia memuat turun gambar kakinya yang sedang menerima rawatan dengan kenyataan “bekerja keras”.

Brazil bakal menghadapi Costa Rica Jumaat ini pada perlawanan kedua kumpulan sekaligus ingin menebus kemenangan pertama dalam kejohanan itu.

Foto Kredit: SB Nation