Atlet dari Canada, Brady Leman berjaya memenangi pingat emas dalam acara ‘ski cross’ sekali gus menghadiahkan emas ke-9 kepada negaranya.

Pada edisi 2014, Brady hanya mampu berada di kedudukan ke-4 namun berjaya menebus kekecewaan edisi lalu untuk tampil lebih cemerlang dalam edisi kali ini.

Beliau berjaya mengatasi wakil dari Switzerland, Marc Bischofberger dengan hanya 0.19 saat dan March terpaksa akur dengan pingat perak untuknya dalam Kejohanan Musim Sejuk kali ini. Pingat gangsa menjadi milik Sergey Ridzik dari Rusia.

Pemenang emas 2014, Jean Frederic Chapuis gagal untuk meneruskan kecemerlangan beliau apabila tewas pada peringkat suku akhir.

Kejohanan Olimpik Musim Sejuk yang diadakan di Pyeongchang, Korea Selatan telah bermula dari 9 hingga 25 Februari ini.

Foto Kredit : 660new(dot)com