Connect with:




Gara-gara kesalahan mengatur perlawanan, pemain professional Itali, Daniele Bracciali dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup daripada sukan tenis.

Menurut Unit Intergriti Tenis (TIU) Jawatankuasa Bebas Anti Rasuah medakwa tertuduh bersalah mengatur perlawanan pada saingan ATP 500 Barcelona pada 2011 dalam sesi pendengaran yang berlangsung semalam.

Selain digantung, Bracciali,40 turut menerima hukuman denda sebanyak $250,000 (RM1.04 juta).

Dalam perkembangan lain, Potito Starace iaitu rakan senegaranya juga didapati bersalah atas kesalahan yang sama sekali gus dikenakan hukuman penggantungan selama 10 tahun dan denda $100,000 (RM417,000).

Meskipun dikenakan denda, kedua-dua bekas pemain berkenaan boleh mengemukakan permohanan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara (CAS) sukan.

“Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, daripada hasil sesi pendengaran di London pada September lalu, Prof (Richard H) McLaren mendapati (Bracciali) bersalah mengatur perlawanan bagi kejohanan ATP 500 di Barcelona pada April 2011,” kata kenyataan TIU.

“Dia juga didapati bersalah membuat taruhan pada kejohanan itu.”

Untuk rekod, Bracciali pernah pernah mencapai ranking ke-49 dunia pada 2006 dalam acara perseorangan sementara Starce pula pernah menduduki ranking ke-27 dunia pada 2007.

Foto: Virgilio Sport