Connect with:




Dalam masa 11 minit, pasukan Bosskur dinobatkan sebagai juara edisi sulung saingan Mobile Legends Todak Fest pada final yang berlangsung di Midvalley Exhibition Centre, semalam.

Kejayaan itu sekaligus menyaksikan pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Saiyan membawa pulang hadiah lumayan RM 50, 000 selain trofi dan pingat Piala Todak.

Manakala, naib juara pula disandang pasukan Mysterious Assasins (MyA) dengan kemenagan hadiah wang tunai sebanyak RM 26, 000 beserta pingat.

“Kami tak sangka memang kerana kejohanan ini sangat mencabar sebab menggunakan format best of one berbanding kejohanan lain yang biasa guna best of three,” ujar kaptan pasukan Bosskur, Faris.

Mengulas mengenai hadiah yang diraih, wang kemenangan berkenaan akan digunakan bagi penambah baikan gaming house mereka untuk memudahkan latihan.

Selepas ini, Bosskur akan menyertai musim ketiga Mobile Legend Profesional League antara Malaysia dan Singapura pada Mac ini dan berharap mereka dapat meraih gelaran berkenaan sekaligus berada di landasan yang betul bagi mewakili negara ke kejohanan di persada antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Penolong Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) Azlan Ismail berkata pihaknya masih mengkaji proses pemilihan yang sesuai bagi Sukan Sea Filipina November ini, di mana buat kali pertama esports akan dipertandingkan sebagai acara berpingat dalam temasya sukan antarabangsa itu.  – BERNAMA

Foto: BERNAMA