Hajat skuad kendalian Mehmet Durakovic mengutip tiga mata penuh di tempat lawan untuk mengejar pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kesampaian apabila Perak tewas 0-2 kepada Terengganu FC I di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu malam tadi.

Pemain import Terengganu I yang juga ketua pasukan berjaya menjaringkan dua gol masing-masing di sepruh masa pertama dan separuh masa kedua sekali gus memberi tiga mata penting kepada skuad kendalian Irfan Bakti.

Kekalahan Perak juga meyaksikan mereka semakin ketinggalan dengan pendahulu liga dengan lima mata dan JDT masih berbaki satu perlawanan lagi.

Persaingan Liga Super tahun ini tampak sedikit menarik kerana juara liga akan peroleh slot automatik ke saingan Liga Juara Asia (AFC) musim depan.

Foto Kredit : Terengganu Football Club