Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda Wave 125i Baharu hari ini. Penambahan terbaru dalam kelas premium ini menawarkan keselesaan menunggang dan kecekapan bahan api. Slogan “A Class of Your Own” mentakrifkan keunggulan Honda Wave 125i Baharu berbanding dengan motosikal yang lain dalam kategori yang sama.

Dengan penawaran kelas premium Wave 125i Baharu seperti keselesaan dan kecekapan bahan api, ia meningkatkan status penunggang di kalangan motosikal dalam kategori yang sama Rekaan luaran Honda Wave 125i Baharu ini direka dengan lebih menarik dan membolehkan penampilan penunggang dengan lebih ranggi.

Di samping itu, panel meter premium menawarkan paduan gaya terkini dengan susun atur strategik dan pencahayaan yang cerah memudahkan pembacaan biarpun diwaktu siang atau malam. Demi menjamin keselamatan penunggang, tahap keterlihatan penunggang perlu dipertingkatan sepanjang jalan.

Oleh itu, lampu belakang moden ini menawarkan pencahayaan terang untuk meningkatkan tahap keterlihatan penunggang. Selain daripada itu, Wave 125i Baharu juga didatangkan dengan lambang logo 3D untuk menonjolkan identitinya yang unik serta pasti akan menarik perhatian di mana jua destinasi penunggang.

Ciri-ciri premium bukan hanya tertumpu kepada aspek luaran jentera ini sahaja. Jentera tulangbelakang (underbone) ini berlengkap sesaran enjin 124.9cc penyejuk udara dengan Suntikan Bahan Api Terancang (Programmed Fuel Injection – PGM-Fi) untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Dengan tangki bahan api yang terbesar di antara motosikal kategori sama, 5.4Liter membolehkan pengisian semula bahan api selepas hampir 300KM* perjalanan . Pengabungan PGM-Fi dan muatan tangki minyak sebesar ini, Wave 125i Baharu dapat mengurangkan masa perjalanan dengan mengelakkan isian semula yang kerap dan penjimatan penggunaan minyak.

Oleh itu, Wave 125i juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Untuk memenuhi keperluan ruang simpanan yang besar, ia merupakan satu-satunya Kapcai dalam pasaran Malaysia, dibina dengan kebuk-U 18liter dimana Wave 125i Baharu ini membolehkan penunggang menyimpan barang peribadi mereka disepanjang perjalanan.

Selain itu, Kebuk-U 18Liter membantu mengurangkan kecurian topi keledar (menampung sebesar topi keledar full-faced) serta mengelakkan terdedah kepada cahaya matahari dan hujan. Wave 125i Baharu ini juga didatangkan dengan tempat duduk yang besar untuk menjamin keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh.

Wave 125i Baharu amat sesuai bagi penunggang yang memerlukan model premium dengan penampilan yang ranggi serta kecekapan penggunaan minyak terjamin disamping keselesaan semasa penunggangan Wave 125i Baharu ini ditawar dalam tiga warna premium: Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red, Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), dan Kelabu Metalik (Sword Silver Metallic).

Ditawarkan dalam dua varian: Brek Cakera Tunggal dan Dwi Brek Cakera, masing-masing pada harga yang disyorkan bermula daripada RM6,263.54 dan RM6,549.74 termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer dan warranti tambahan satu tahun atau 10,000 kilometer untuk enjin (yang mana terdahulu).