Connect with:




Atlet para remaja kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan bahawa beliau berada dalam kelas tersendiri apabila meraih emas dan memecahkan rekod dunia dalam acara angkat berat kategori 65 kilogram (kg) pada kejohanan Para Dunia Fazza kesembilan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejayaan melakukan angkatan seberat 157kg itu membolehkan beliau memperbaharui rekod lamanya dalam acara powerlifting remaja dunia iaitu 156kg pada Kejohanan Powerlifting Dunia di Mexico, Disember lalu.

Bonnie, 18, muncul juara setelah menewaskan 13 peserta lain termasuk pemenang pingat perak, Sebastian Switonski dari Poland manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Osama Albalushi (97kg).

Presiden Powerlifting Para Malaysia (PPPM) Kamaruzaman kadir, nyata gembira dengan kejayaan yang dirah Bonnie iaitu memenangi emas dan satu gangsa di Dubai, malam tadi.

“Saya melihat Bonnie adalah seorang atlet remaja yang paling konsisten meraih kejayaan pada 2017 da 2018.

“Oleh itu, saya percaya dia mampu pergi lebih jauh lagi dalam sukan powerlifting”, katanya.

Ditanya mengenai sasaran pingat ke atas Bonnie yang tersenarai ke Sukan Komanwel Gold Coast, Australia pada April nanti, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran ke atas Bonnie.

“Pingat untuk Sukan Komanwel belum pasti kerana mereka akan bertanding dalam kategori terbuka. Jadi cabarannya sengit sekali.  Kita kena gandakan usaha”, katanya.