Bila bercakap mengenai sukan MMA, selain aksi pertarungan di dalam gelanggang, barisan gadis ‘ring girl’ turut akan menjadi perhatian ramai. Tugas mereka mungkin dilihat mudah bagi sesetengah pihak namun hakikatnya, status ‘ring girl’ tidak diperoleh dengan cara yang mudah. Gadis-gadis ini perlu bekerja keras membuktikan keupayaan mereka sebelum layak untuk dipilih menjalankan tugas sebagai duta acara.
Dunia Sukan berkesempatan menemubual Lee Bom Yi dan Lee Ji Na – dua ‘ring girl’ popular dalam siri ONE CHAMPIONSHIP yang sudi menceritakan kehidupan mereka serta perkara-perkara menarik yang terjadi sebagai seorang gadis gelanggang.
Lee Bom Yi mula menyertai ONE CHAMPIONSHIP sebagai gadis ‘ring girl’ pada tahun 2016. Mempunyai kelulusan dalam bidang komputer namun kerana minat dengan sukan MMA, dia memberanikan diri untuk mencuba menyertai ONE. Sebelum ini juga Bom Yi merupakan seorang model dan ahli kumpulan tarian popular K-Pop iaitu Diana.

Lee Bom Yi

Lee Jin Na
Lee Jin Na pula merupakan graduan lulusan perakaunan dari Andong National University.Selepas tamat pengajian, dia bekerja di firma kewangan terkenal Korea, Shinhan Bank.