Connect with:




Pemegang rekod dunia dalam acara 100 dan 200 meter, Usain Bolt dilihat semakin serius untuk bergelar pemain bola sepak berstatus profesional apabila kini beliau berlatih bersama salah sebuah pasukan liga Norway, Stromsgodset.

Malah sebelum ini, Bolt juga telah berlatih bersama sebuah lagi kelab terkemuka dunia iaitu Borussia Dortmund dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi kemahiran beliau dalam bola sepak. Seperti kita tahu, Bolt merupakan peminat setia Manchester United sejak zaman Alex Ferguson dan beliau sangat berharap bahawa satu hari nanti beliau mampu mewakili kelab itu.

Pada 10 Jun nanti, Bolt akan membuat penambilan bersama pasukan selebriti yang lain dalam satu perlawanan amal bola sepak untuk UNICEF yang akan diadakan di Old Trafford. Bolt juga akan bertindak selaku ketua pasukan dalam perlawanan tersebut.

Ini antara video Usain Bolt bersama pasukan Stromsgodset.

Foto Kredit : Usain Bolt