Connect with:




 

Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt terpaksa akur apabila kes doping rakan senegaranya, Nesta Carter telah di tolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan didapati bersalah dalam kes doping pada temasya Olimpik Beijing 2008.

Nesta telah didapati bersalah pada kejohanan ketika itu dan beliau tampil pada 2017 untuk membuat rayuan kes berkenan namun kes Nesta tetap di tolak oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Bolt yang juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara 100 dan 200 meter sudah tentu sedikit terkilan dengan keputusan ini. Keputusan ini juga menyaksikan Bolt menamatkan karier beliau selaku pelari pecut dunia dengan kemenangan sembilan pingat emas.

Rekod 100 dan 200 meter sudah tentu akan terus diingati dan sukar untuk mana-mana pelari pecut memecah rekod beliau dalam masa terdekat. Nama Bolt dalam sukan olahraga juga pasti akan terus diingat dan tetap akan dikenang selaku pelari terbaik dunia.

Jom kita lihat semula larian Usain Bolt yang melakar rekod baru dunia. Ini adalah acara 100 meter yang diadakan di Berlin , Jerman.

Foto Kredit : sckipio(dot)com

Video Kredit : Gerrevolt