Connect with:




Bgi seorang penjaga gol, dibolosi lawan dengan jumlah jaringan yang besar sememangnya satu tempoh yang menyeksakan.

Penjaga gol St Etinne, Jessy Moulin berdepan situasi yang sama pada Rabu selepas gawangnya dibolosi sebanyak 6 kali ketika berdepan gergasi Perancis, PSG dalam aksi Piala Liga Perancis.

Namun ketika pulang ke rumah, Moulin menerima nota yang cukup bermakna dari anak-anaknya.

“Ayah tetap yang terbaik. Kami sayangkan ayah. Ayah telah buat yang terbaik dan bukan semua orang boleh lakukan di tempat anda. Ayah adalah yang terbaik di mata kami”.

Nota dalam bahasa Perancis itu ditampal di pintu rumah Moulin dan gambar nota tersebut dimuatnaik di instastory beliau.

Berdasarkan akaun Instagram Moulin, memang jelas beliau seorang bapa yang cukup penyayang.

St ETIENNE tewas 1-6 kepada PSG dengan tumpuan terarah kepada penyerang Argentina, Mauro Icardi yang mencetak hatrik dalam perlawanan tersebut.