Connect with:




Kejuaraan La Liga sudah boleh di katakan hampir menjadi milik Barcelona, namun persoalannya mampukah skuad kendalian Ernesto Valverde mengekalkan rekod tanpa kalah mereka hingga tamat persaingan liga musim ini?

Persaingan La Liga semakin hampir untuk melabuhkan tirainya dengan berbaki 8 perlawanan lagi, Barcelona semakin selesa mendahului dan sukar untuk di cabar oleh pasukan di bawah mereka.

Setelah 29 perlawanan, Barcelona mencatat 23 kemenangan, 6 kali seri, 74 jaringan gol dan hanya 13 kali sahaja di bolosi. Mereka mendahului liga dengan 75 mata, 11 mata di depan pencabar utama mereka iaitu Atletico Madrid dan 15 mata di depan Real Madrid.

Perlawanan tumpuan

Namun begitu, persaingan La Liga sudah tentu akan terarah pada perlawanan ke-36 apabila Barcelona akan menerima kunjungan musuh tradisi mereka, Real Madrid dan perlawanan ini sudah pasti akan menjadi satu perlawanan yang menarik untuk melihat sama ada Real Madrid mampu menjadi pasukan pertama tewaskan mereka atau Barcelona akan terus kebal.

Perlawanan yang di nanti-nantikan oleh peminat bola sepak. Foto Kredit : wordsoccertalk(dot)com

Jika Barcelona mampu mengekalkan rekod ini, ia akan menjadi salah satu pencapaian luar biasa bagi kelab mereka apabila mengharungi 38 perlawanan La Liga tanpa kalah. Musim ini Barcelona dilihat lebih konsisten dari segi permaianan selain berjaya membentuk pasukan yang mantap dari segi menyerang mahupun bertahan.

Arsenal salah pasukan yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah ketika musim 2003-2004. Foto Kredit : premierleague(dot)com

Sebelum ini, skuad Arsene Wenger pernah melakukannya pada musim 2003/2004 apabila Arsenal menamatkan liga tanpa kalah dan menjuarai EPL musim itu selain EPL terakhir mereka sehingga sekarang.

Jika Barcelona mampu mengekalkan prestasi cemerlang mereka ketika ini, tidak mustahil mereka mampu melakukannya hingga tamat perlawanan liga namun begitu, di dalam sukan selagi sesuatu pertandingan itu belum tamat, apa-apa sahaja boleh berlaku kerana dalam sukan penuh dengan kejutan demi kejutan.

Kasut emas

Adakah muism ini kasut emas akan jadi milik Messi?

Selain memburu kejuaraan, pemain sensasi mereka, Messi dan Luis Suarez kini bersaing untuk mereput penjaring terbanyak La Liga selain di cabar oleh bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Kini Messi mendahului dengan 25 jaringan, Ronaldo 22 jaringan dan Suarez 21 jaringan.

Messi juga berpeluang menjadi pemain yang merangkul dua anugerah sekali gus iaitu penjaring terbanyak dan ‘top assist’ musim ini. Selain mendahului penjaring terbanyak, beliau juga sedang mendahului dengan 12 assist.

Jika di lihat 8 musim sebelum ini, penjaring terbanyak sering didominasi oleh bintang dari Barcelona, Messi dan Real Madrid, Ronaldo sebelum Suarez memecah dominasi mereka berdua pada 2015/2016 namun begitu ia tetap dari pasukan Barcelona.

Untuk rekod, jaringan terbanyak adalah 50 gol yang di lakukan oleh Lionel Messi pada 2011/2012. Rekod ini hampir di atasi namun tidak terdaya apabila Ronaldo hanya mampu menjaringkan 48 gol ketika musim 2014/2015.

Foto Kredit : FB FC Barcelona