Connect with:




Acara bolasepak SUKMA sejak beberapa edisi kebelakangan ini sering kali dicemari dengan insiden pergaduhan.

Terbaru, semalam berlakunya aksi ‘kung-fu’ melibatkan pasukan Terengganu dengan Johor.

Insiden tersebut berlaku pada penghujung perlawanan berpunca selepas berlaku provokasi tolak menolak menyaksikan seorang pemain Johor dilihat mula menendang seorang pemain Terengganu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Empat kad merah dilayangkan pengadil dalam perlawanan yang berkesudahan 2-1 berpihak kepada pasukan Terengganu.

Perkembangan ini mendapat perhatian pengarah teknikal Johor Darul Takzim FC, Alistair Edwards yang mendakwa pengadil gagal mengawal perlawanan dengan adil dan baik.

Alistair menegaskan bahawa pengadil perlawanan enggan memberikan sepakan penalti buat Johor walaupun sudah tiga kali bola terkena tangan pemain Terengganu dalam kotak penalti.

Alistair menambah beliau meminta FAM agar memandang serius terhadap standard pengadilan di Sukma kali ini.

Foto Kredit: JDT