Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia masih boleh diteruskan tanpa penjaga padang, pemeriksa tiket atau eksekutif pemasaran, tetapi apa maknanya kejohanan itu tanpa bola? Namun, tidak ramai yang tahu asal usul permainan bola sepak.

Sehingga kini, tiada bukti kukuh membuktikan asal usul permainan ini kerana tiada satu pun catatan yang menunjukkan permulaan bola sepak.

Mengikut sejarah, perlawanan bola sepak pertama dipercayai membabitkan China dan Jepun. Ia terkandung dalam dokumen di sebuah muzium di Munich, Jerman yang ditulis Li Ju yang mendakwa perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1,000 sebelum Masihi.

 

Fakta

 

BOLA SEPAK TERAWAL

 

KEMARI

Foto Kredit: L5R Wikia – Fandom

 

Sekitar 300 AD-600 AD rakyat Jepun mencipta sejenis permainan bola yang digelar Kemari atau Kenatt, ia dimainkan seramai lapan atau kurang pemain menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit rusa yang disumbat habuk kayu.

 

BOLA MESIR PURBA

Foto Kredit: The New York Times

 

Antara variasi artifak perkuburan Mesir purba yang berusia setua 2500 BC ialah kewujudan artifak berbentuk bola yang dipercayai diperbuat daripada pundi kucing yang dibalut kulit rusa.

 

EPISKYROS (GREECE)

Foto Kredit: urbanpitch.com

 

Sekitar 200 BC, masyarakat Greek mencipta permainan bola yang melibatkan aktiviti menyepak dan membaling yang digelar Episkyros atau Phaininda. Bola yang digunakan diperbuat daripada pundi kencing babi yang dibalut kulit babi atau kulit rusa.

 

ASQAQTUK (ALASKA)

Foto Kredit: Iluminasi

 

Sedikit diketahui tentang Asqaqtuk, permainan bola dimainkan oleh masyarakat eskimo zaman dahulu. Para pemain dikehendaki menanduk bola berat yang berisi rumput dan bulu rusa karibu.

Permainan ini telah disebutkan dalam legenda atau mitos Inuit yang diceritakan turun-temurun selama ratusan tahun. Inuit adalah penduduk asli Greenland di kutub utara.

Para pemain dikehendaki menanduk bola berat yang berisi rumput dan bulu rusa karibu.