Connect with:




Siapa sangka, Glory United sebuah pasukan bola sepak komuniti yang namanya kini mula meniti dibibir peminat bola sepak liga sosial adalah hasil dari kejayaan muncul juara Liga Bolasepak Subang (SFL) M5 2018. Lebih menarik kerana ianya merupakan penglibatan pertama pasukan yang mula ditubuhkan sekitar Februari 2017 itu dalam saingan liga komuniti.

Glory United merupakan sebuah pasukan bola sepak komuniti yang berpangkalan di Ampang. Dimiliki oleh seorang usahawan muda yang mempunyai minat mendalam akan sukan bola sepak, Dato Elfi Miqdad Shazwan, Glory United mula ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan pasukan bola sepak sekadar mengisi minat. Kemenangan demi kemenangan yang diraih pada perlawanan persahabatan mendorong Elfi untuk melibatkan pasukan Glory United mencuba nasib dalam saingan liga komuniti.

Pada Januari lepas, Glory United berjaya menyertai saingan Prestige Cup 2018 anjuran Bolasepak Selangor di mana ianya menjadi kejohanan pertama yang disertai Glory United. Namun nasib tidak bersama mereka apabila terpaksa menelan pahit dinafikan kejuaraan pada perlawanan terakhir liga apabila seri tanpa jaringan ketika bertemu juara Prestige Cup 2018, Naga FC yang dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

“Sejujurnya saya mulakan pasukan atas rasa cintakan bola sepak. Mulanya hanya untuk bermain bersama rakan-rakan dan mengisi kekosongan masa lapang namun deretan kemenangan dalam perlawanan persahabatan membuatkan saya teringin mencuba nasib untuk menyertai liga bola sepak komuniti.

“Penyertaan di Prestige Cup adalah titik permulaan buat kami melibatkan diri lebih mendalam dengan bola sepak komuniti. Lalu kami menyertai SFL M5 pula kerana saya sendiri merasakan bahawa pasukan ini mampu pergi jauh. ” jelas Dato Elfi.

______________

Baca artikel penuh di majalah Dunia Sukan edisi 71 dengan memuat turun secara percuma di laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan menerusi GOOGLE PLAY dan APP STORE.