Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mahu menggunakan cuti tiga minggu sempena kempen kelayakan Piala Asia 2015 untuk memantapkan skuadnya.

“Kini kami mempunyai cuti tiga minggu. Beri kami peluang untuk mantap
pasukan kami. Masalah utama ialah penyudah.

“Pemain muda kami telah pulih dari kecederaan. Izuan, Faiz sudah pulih dan
kami akan banyak membuat latihan penyudah,” katanya ketika ditemui
selepas mengendali latihan skuad Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini hari ini.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Mohamad Aris Zaidi, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin dan Faiz Subri yang sedang dilatih di bahagian serangan.

Kelantan kehilangan tiga tonggak utama di bahagian serangan iaitu Norshahrul
Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan pemain import Mohammad Ghaddar kepada pasukan lain, nyata memberi tekanan hebat kepada mereka untuk melahirkan pemain gantian berbakat di bahagian tersebut.

Kelantan, selaku juara treble musim lalu, kini berada pada kedudukan ketujuh
selepas mengutip enam mata hasil dari lima perlawanan Liga Super setakat ini.

Badri Razi

Badri Radzi

 

Namun ketua kapten pasukan Mohd Badri Mohd Radzi berharap penyokong The Red Warriors dapat bersabar dan tidak cepat melatah dengan kemerosotan skuad mereka.

“Mungkin penyerang sedia ada macam Haris Safuan dan Keita Mandjou sedikit
tertekan dan tidak serasi ketika bekerjasama di bahagian serangan. Perlawanan
akan datang mungkin mereka akan hasilkan jaringan,” katanya. – BERNAMA