Connect with:




Sadio Mane mengakui bahawa beliau sempat memberitahu Roberto Firmino 24 jam sebelum sepak mula menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C Liga Juara-Juara, bahwa penyerang kebangsaan Brazil itu tidak perlukan matanya untuk beraksi.

Firmino muncul wira The Reds apabila bangkit dari bangku simpanan untuk meledak gol kemenangan pada minit kecederaan babak kedua, memastikan kemenangan mutlak 3-2 berpihak kepada Liverpool.

“ Saya menghantar pesanan kepada beliau (Firmino) Isnin lalu, dengan berkata ‘ Hei, Bobby, ayuhlah kami perlukan kamu dan nyata itu membakar semangat beliau untuk turut berada dalam senarai pemain menentang PSG tempog hari’.

“Kalian semua telah melihat ‘no look goal’ beliau yang sebelum ini, jadi saya rasakan beliau boleh beraksi malah menjaringkan gol meskipun beraksi tanpa mata, saya sangat gembira melihat beliau kembali beraksi dan menjaringkan gol,” kata Mane.

Pemain yang mesra dengan gelaran ‘Bobby’ itu mengalami kecederaan pada kornea mata kiri ketika Liverpool menjinakkan Tottenham 1-2 di Wembley, Sabtu lalu, dimana telah berlaku perlanggaran melibatkan Firmino dan pemain pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen yang secara tidak sengaja tercucuk mata beliau (Firmino).

Ditanya mengenai prestasi semasa Liverpool yang masih mencatatkan rekod 100% kemenangan dalam semua kejohanan yang disertai setakat ini, Mane memberitahu bahawa itu adalah hasil daripada kerja sama semua pemain yang mengikut arahan jurulatih.

“Permulaan yang baik buat pasukan namun masih lagi terlalu awal untuk saya menjanjikan kejayaan kerana kita baru saja bermula, namun yang paling utama adalah kami harus kekal fokus.

“Kami Liverpool sebuah pasukan yang semakin kuat setiap musim dan saya rasa kejayaan bertemu PSG adalah satu tanda bahawa pasukan ini telah bertambah baik”, jelasnya lagi.