BMW Malaysia sekali lagi menjadi Rakan Automotif Rasmi untuk CIMB Classic. Pengeluar kenderaan premium itu mengadakan majlis penyerahan rasmi kunci kereta yang dilengkapi sistem BMW iPerformance. Terdiri daripada model BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive 40e dan BMW 330e Hybrid dengan teknologi eDrive, ia menjadi kenderaan rasmi yang signifikan buat semua pemain, pegawai serta VIP dalam acara CIMB Classic 2017 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur minggu ini.

Pada majlis penyerahan tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Sejak tahun lalu, rangkaian kenderaan premium dan mewah kami sememangnya sinonim dengan acara gaya hidup yang paling berprestij dan penting dalam negara. CIMB Classic ialah pertandingan golf paling berprestij di Malaysia. BMW Malaysia berbesar hati untuk menjadi rakan premium pertandingan ini sejak dari mula lagi, bekerjasama secara berpasukan untuk menjadikannya semakin berpengaruh.”

CIMB Classic 2017 tahun ini melibatkan sembilan juara Major, 10 ahli pasukan Presidents Cup, 15 orang pemain daripada 50 orang pemain teratas dalam Ranking Rasmi Golf Dunia dan 18 orang pemenang daripada musim PGA TOUR 2016-17.

Pemain-pemain utama yang telah mengesahkan penyertaan mereka dalam CIMB Classic 2017 ialah Keegan Bradley, Stewart Cink, Jason Dufner, Lucas Glover, Davis Love III serta bintang golf Afrika Selatan seperti Ernie Els, Louis Oosthuizen, Charl Schwartzel dan Justin Thomas. Mereka semua telah melalui musim yang mengagumkan dengan lima kemenangan, termasuklah kemenangan utama dalam acara PGA Championship dan FedExCup yang berlangsung pada Ogos lalu.

Pemain terkenal lain yang bakal beraksi di Kuala Lumpur ialah pemain ke-15 dunia, Paul Casey dari England; pemain ke-19 dunia, Rafa Cabrera Bello dari Sepanyol; juara Ryder Cup Eropah, Ian Poulter; bintang Afrika Selatan, Branden Grace dan pemenang THE PLAYERS Championship musim ini, Si Woo Kim dari Korea Selatan.

Sepanjang pertandingan ini, BMW Malaysia turut menampilkan model BMW 430i M Sport, BMW X1 sDrive20i, BMW X5 xDrive40e, BMW 740Le xDrive dan BMW 330e di TPC Kuala Lumpur. Sementara itu, BMW 740Le xDrive Hybrid serba baharu dengan teknologi eDrive yang ditawarkan pada harga RM598,800.00 menjadi hadiah hole-in-one.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun menyerahkan kunci jentera BMW iPerformance secara rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Aset dan Pelaburan Kumpulan CIMB Group, Effendy Shahul Hamid.

Untuk maklumat lanjut mengenai CIMB Classic 2017, sila layari laman web: www.cimbclassic.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW Group Malaysia, sila layari laman web: www.bmw.com.my.