Connect with:




Duo terjun negara, Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong menduduki tangga keempat acara 10 meter platform seirama wanita yang berlangsung pada hari ini.

kempen Siri Terjun Dunia di Sagamihara, Jepun itu menyaksikan mereka melakukan tahap darjah kesukaran paling tinggi pada terjunan kelima iaitu terjunan ke belakang dua setengah somersoults dan satu setengah pusingan untuk memperoleh 70.08 mata.

Namun, gandingan berkenaan dilihat terpaksa bekerja keras untuk mengubah kedudukan mereka di tempat kelima sebelum mempamerkan aksi terbaik pada terjunan terakhir.

Terjunan terakhir itu membantu gandingan berkenaan untuk melonjak ke tempat keempat keseluruhan selepas memungut 302.64 mata.

Dalam perkembangan lain, gandingan Zhang Jiaqi-Lu Wei dari China menjulang pingat emas selepas mengumpul 340.44 mata, manakala Kim A Rim-Kim Mi Rae dari Kore Utara menduduki tempat kedua (319.50).

Sementara wakil Kanada, Caeli McKay-Meaghan Benfeito di tempat ketiga (311.70).

Dhabitah akan turun sekali lagi petang ini bersama Kimberly Bong dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita.

Foto: @PandelelaRinong