Turin, Itali : Pemain gantian Juventus, Gonzalo Higuain menjadi penyelamat apabila dia membantu Juventus membenam Olympiakos 2-0 dalam Kumpulan D sekaligus menghidupkan kembali kempen Liga Juara-Juara bagi Juventus awal pagi tadi.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri menegaskan kepada anak buahnya untuk menyemarakkan semula kempen Eropah selepas mereka kecundang menentang Barcelona 3-0 pada dua minggu lalu di Sepanyol.

“ Saya membuat pilihan untuk meletakkan Higuain di bangku simpanan kerana dia tidak bagus berbanding pemain lain pada dua perlawanan lepas selepas pertembungan Turin, hujung minggu lalu”,

“Tapi pada petang ini, Higuain bermain dengan cemerlang dan dia seorang pemain yang boleh mengubah perlawanan dan memenangi perlawanan buat kami.”

Higuan bermain dengan baik sekali setelah dia digugurkan Allergi dengan menjaringkan gol selepas 69 minit bermain dan gol kedua disumbangkan Mario Mandzukic pada minit ke-80 di Stadium Allianz.

Juventus kini di tangga ketiga Kumpulan D yang masih didahului oleh pasukan tanpa kalah Barcelona.

Foto Kredit: Twitter Juventus