Connect with:




Gara-gara menyumbat tampon dipercayai mempunyai darah ke dalam mulut lawan dalam aksi Suburban Fight bar, bintang WWE, Priscilla Kelly menerima kecaman hebat dari netizen di media sosial.

Insiden ‘memalukan’ itu telah berlaku pada hujung bulan yang lalu di Los Angeles. Ketika itu, Kelly sedang menampar Tuna yang kelihatan tidak berdaya di atas kerusi sebelum dia melakukan tindakan di luar jangkaan dengan menarik keluar tampon tersebut dari seluar dalamnya.

Video berkenaan telah tular di media sosial, dan mengundang pelbagai kutukan dan kecaman dari netizen termasuklah lagenda WWE, Jim Ross yang menganggap perbuatan Kelly amat menjijikkan dan tidak melambangkan profesionalisma seorang bintang gusti.

Kelly bagaimanapun memuat naik satu kenyataan di laman Twitter yang mengatakan ianya palsu dan hanya untuk hiburan semata-mata.

“Hai semua. Anda tahu ianya palsu, ini adalah rancangan orang dewasa. Hidup ini jangan terlalu serius sepanjang masa,” katanya.

Dia turut mempersoalkan isu kesamarataan jantina berhubung kecaman yang dilemparkan oleh netizen.

“Bagi anda, isu alat sulit lelaki nampak lucu dan gah. Tetapi tidak pula dengan isu alat sulit wanita yang dianggap jijik dan kotor. Mana perginya #Kesamarataan?

Dia juga menegaskan kontroversi tersebut tidak memberi kesan terhadap peluangnya untuk kembali beraksi dalam WWE.