Bintang sensasi Kejuaraan Pertempuran Ultimate (UFC), Conor McGregor telah mengumumkan persaraannya secara mengejut dari Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA). Kenyataan tersebut telah diumumkan oleh McGregor dalam laman rasmi Twitternya hari ini.
“Saya telah memutuskan untuk bersara dari sukan ini secara rasmi yang dikenali sebagai ‘Seni Mempertahankan Diri Campuran’ hari ini.
“Saya ingin semua rakan lama saya supaya bertambah maju dalam persaingan. Saya kini menyertai bekas rakan kongsi saya dalam usaha ini dan dia sudah bersara,” katanya dalam Twitter milik peribadinya.
Hey guys quick announcement, I’ve decided to retire from the sport formally known as “Mixed Martial Art” today.
I wish all my old colleagues well going forward in competition.
I now join my former partners on this venture, already in retirement.
Proper Pina Coladas on me fellas!— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) March 26, 2019
McGregor kini berada di bawah penggantungan Suruhanjaya Sukan Nevada susulan aksi pergaduhan ketika pasca pertarungan UFC 229 yang melibatkan Khabib Nurmagomedov dan kru yang lain di Las Vegas, 6 Okotober lalu.
Walau bagaimanapun, tweet yang dikeluarkan itu masih belum dapat dipastikan. Reaksi awal yang ditunjukkan oleh peminat MMA seolah-olah tidak percaya dan bertukar-tukar pendapat, ini kerana bintang MMA itu pernah mengumumkan persaraannya sebelum ini di Twitter pada 2016.
I have decided to retire young.
Thanks for the cheese.
Catch ya's later.— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) April 19, 2016
Tweet yang dimuat naik menyatakan bahawa dia membuat keputusan untuk ‘cuci tangan’ dalam usia yang muda namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Namun, kenyataan yang dibuatnya ternyata tidak betul apabila dia kemudiannya bertarung mengalahkan Nate Diaz di UFC 202, menang ke atas Eddie Alvarez di UFC 205, berjaya mengatasi Floyd Mayweather dalam acara tinju wang mega dan kemudian kembali bertanding dan kalah mengejut kepada Khabib Nurmagomedov di UFC 229 pada Oktober 2018.
Perkara ini juga mungkin menjadi salah satu agenda utama McGregor yang secara terbuka meminta saham UFC sebelum ini, dengan menggunakan persaraan sebagai taktik untuk mencuba dan membawa Dana White dan co. ke meja rundingan.
Selain itu, spekulasi dari kenyataan yang dimuat naik tadi adalah sebagai sebahagian daripada perang psikologi sebelum pertarungan seterusnya yang bakal diumumkan nanti.
Untuk rekod, bintang berasal dari Ireland yang mempunyai rekod MMA profesional sebanyak 21 kemenangan dan 4 kekalahan. – Fox Sports
Foto : Sportskeeda