Kehadiran bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu dalam kalendar Islam iaitu bulan Ramadan turut diraikan oleh bintang-bintang sukan antarabangsa yang beragama Islam.

Bintang Manchester United, Paul Pogba mengunjungi Mekah. Dalam akaun instagram peribadinya, Pogba yang membantu kelabnya menjuarai Europa League baru-baru ini menyatakan kaabah sebagai perkara paling indah yang pernah disaksikan sepanjang hidupnya.

Most beautiful thing I've seen in my life 🕋🙏🏾

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

Rakan senegara Pogba, Franck Ribery turut mengucapkan ucapan menyambut Ramadan. Begitu juga Mirajlem Pjanic yang dalam persiapan membantu pasukannya, Juventus menentang Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung Ahad ini. Juventus turut mempunyai beberapa lagi pemain Muslim iaitu Sammi Khedira dan Mehdi Benatia.

Seorang lagi bintang sukan Muslim yang dikenali seluruh dunia ialah Sony Bill Williams. Bintang ragbi All Blacks ini memeluk agama Islam pada taun 2008. Sony tetap berpuasa walaupun menghadapi jadual latihan yang lasak dan padat.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar NZ Herald, Sony mengatakan puasa sebenarnya membawanya keluar dari zon selesa dalam karier ragbinya.

Dalam dunia seni tempur campuran (Mix Martial Art / MMA), terdapat seorang jaguh UFC dari Rusia yang beragama Islam iaitu Khabib Nurmagomedov. Khabib antara bintang UFC yang semakin meningkat naik dan beliau mengenakan satu syarat kepada UFC ketika menandatangani kontrak iaitu tidak akan beraksi sepanjang bulan Ramadan.

Foto: Express.Co.Uk

“Ia bukan bersikap tidak profesional atau sebaliknya. Agama adalah segalanya bagi saya”.

Khabib sebelum ini pernah meluahkan kemarahannya kepada pengeluar permainan terkenal, EA Games kerana menyelitkan gaya kemenangannya dengan cara menunjukkan salib dalam permainan EA Sports UFC2.

Pemenang pingat emas Olimpik Rio dalam acara 5000km dan 10000km, Mo Farah menyambut Ramadan dengan post instagram menerusi cara tersendiri. Begitu juga dengan atlet wanita muslim Amerika pertama yang memenangi pingat Olimpik – Ibtihaj Muhammad.

Ramadan Kareem to all the Muslim around the world…!! #ramadan2017

A post shared by Sir Mo Farah🇬🇧🥇🥇🥇🥇 (@gomofarah) on

Dikesempatan ini Dunia Sukan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua masyarakat Islam di Malaysia.