Connect with:




Tahun 2020 disambut dengan mencabar di Australia di mana kebakaran hutan bersekala besar telah mengakibatkan jutaan haiwan terancam.

Kebakaran yang ketika ini masih lagi belum berjaya dipadamkan sepenuhnya telah mendapat perhatian atlet-atlet Australia.

Bintang tenis kacukan Australia-Malaysia, Nick Kyrgios misalnya akan mengadakan satu perlawanan amal “Rally For Relief” pada 15 Januari ini untuk memungut dana bagi disumbangkan kepada tabung bencan alam. Kyrgios juga akan menyumbang AUD 200 untuk setiap Ace yang berjaya dilakukan sepanjang Januari ini di Australia.

Tindakan Kyrgios tersebut turut diikuti beberapa lagi pemain tenis Australia yang lain seperti Alex de Minaur dan John Millman.

Pelumba F1, Daniel Ricciardio pula akan membuat lelongan suit yang akan dipakai beliau pada perlumbaan GP Australia musim ini untuk disumbangkan kepada tabung mangsa kebakaran.

Barisan bintang kriket Australia seperti Chris Lynn, Glenn Maxwell dan D’Arcy Short juga tidak terkecuali. Mereka akan menyumbang AUD 250 kepada tabung bencana alam untuk setiap pukulan six yang berjaya dilakukan sepanjang aksi Big Bash League.

Pemain bola keranjang kelab Illawara Hawks, LaMelo Ball akan menggunakan seluruh gajinya pada Januari untuk membantu kos memadamkan kebakaran.

Tiga kelab bola sepak yang berpusat di Melbourne iaitu Melbourne Victory, Melbourne City dan Western United pula telah bekerjasama untuk mengumpul dana. Bagi setiap tiket perlawanan yang terjual di Melbourne minggu ini, AUD 2 daripada jumlah tersebut akan disumbangkan kepada tabung bencana alam.

Kebakaran di Australia ini turut mendapat perhatian bintang sukan di luar Australia. Bintang UFC, Jorge Masvidal akan terbang ke Australia untuk membantu sendiri secara fizikal selain akan menyumbangkan segala keuntungan yang diperoleh sepanjang siri lawatannya ke negara tersebut.

Bencana alam yang melanda hampir 20 juta ekar hutan Australia ini telah meragut 24 nyawa