Connect with:




Nampaknya Malaysia semakin menguatkan status sebagai antara negara terkuat dalam sukan tenpin boling.

Terbaharu, Rafiq Ismail dan Sin Li Jane masing-masing mengungguli kejuaraan European Bowling Tour (EBT) Masters di Madrid, semalam.

Kejohanan tersebut mengumpulkan 8 peserta terbaik setiap kategori dari senarai ranking European Tenpin Bowling Federation (EBTF) tahun lalu.

Juara dunia, Rafiq yang baharu sahaja menjuarai Terbuka Singapura minggu lalu berada dalam prestasi memuncak selepas memenangi kategori lelaki.

Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2751, Rafiq menewaskan Kyle Troup dari Amerika Syarikat serta Jespen Svenson dari Sweden.

Sementara Sin Li Jane mengulangi kejayaannya di pentas EBT Masters tiga tahun lalu di San Marino.

Berita gembira tersebut ditambah dengan kejayaan Siti Safiyah yang memenangi gangsa. Perak pula dimenangi peserta Denmark, Ginge Mai.

Selaku juara, Rafiq dan Li Jane masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai €2,500 (RM11,700) sebanyak sementara Siti Safiyah mengutip €1,500 (RM7,000).