Connect with:




Menjadi atlet sememangnya bakal menjanjikan detik suka dan duka.

Bagi peman hoki Great Britain, Sam Ward, kegembiraan membawa pasukannya ke Sukan Olimpik 2020 terpaksa dibayar dengan kehilangan sebahagian besar penglihatan di mata kiri.

Semuanya berlaku ketika aksi kedua kelayakan Sukan Olimpik di London melibatkan Great Britain menentang Malaysia. Bola hasil pukulan rakan sepasukan Ward tepat mengenai kepalanya. Susulan kejadian itu, Ward dikejarkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan.

Ward kemudiannya berkongsi keadaan semasanya selepas pembedahan di instagram peribadi.

Ekoran dari kecederaan itu, Sam dilaporkan telah hilang sebahagian penglihatannya di mata sebelah kiri. Pakar perubatan juga menyebut Sam mungkin perlu menjalani pemulihan yang panjang. Bagaimanapun, Sam tetap yakin penglihatannya akan meningkat dari semasa ke semasa.

“Saya belum bersara lagi. Saya akan bekerja keras untuk kembali beraksi di atas padang dan mewakili Great Britain ke Sukan Olimpik, Tokyo tahun depan” kat Sam dipetik dari akhbar The Sun.

Sam mula mewakili England dan Great Britain pada 2014 dengan pencapaian terbaik karier antarabangsa setakat ini adalah membantu pasukan tersebut memenangi pingat perak di Sukan Komanwel 2018.