Nishikori Teruskan Rentak Cemerlang

 

Bintang Asia, Kei Nishikori  meneruskan rentak cemerlang di Tenis Malaysian Open KL 2012 dengan menempah slot ke separuh akhir selepas lawannya, Nikolay Davydenko terpaksa menarik diri di set kedua akibat kecederaan.

Sebelum itu di set pertama, Nishikori menang 6-4 walaupon Davydenko yang berusia 31 tahun ini memberikan saingan yang sengit kepada jaguh Jepun itu. Bagi Davydenko, ini kali kedua beliau menarik diri akibat kecederaan selepas terpaksa melakukannya pada  tahun lepas ketika bertemu Janko Tipserevic juga di psuingan suku akhir.

Nishikori selepas perlawanan berkata, “Davydenko beraksi baik hari ini dengan jarang melakukan kesilapan. Malangnya beliau terpaksa menarik diri akibat kecederaan. Saya harap keadaannya akan pulih nanti”.

Lawan Nishikori di separuh akhir nanti ialah pilihan kedua yang juga pemain no.11 dunia, Juan Monaco dari Argentina.

Pemain yang digelar “Pico” ini mudah menumpaskan Vasek Pospisil dari Kanada dengan kemenangan 6-3, 6-4 yang mengambil masa 1 jam 24 minit.

Pertemuan separuh akhir nanti menjadi pertemuan ketiga buat kedua-dua pemain ini selepas 2 pertemuan sebelum ini dimenangi oleh Nishikori.