“Sekarang fikiran saya sudah berubah, saya ingin terus fokus dan tidak pasti berapa banyak lagi Sukan SEA yang akan disertai,” kata Leong Mun Yee selepas dilihat kembali ‘ghairah’ memburu lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menurutnya, KL2017 bukan Sukan SEA terakhir buat saya, walaupun sebelum ini saya pernah berkata akan membuat keputusan sama ada untuk terus aktif dalam sukan ini atau tidak.

“Saya ingin berbakti dan meneruskan kerjayanya sebagai atlet kebangsaan selagi masih mampu berjuang,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mempunyai hasrat untuk bersara dalam masa yang terdekat selepas kembali ‘ghairah’ memburu lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Saya tidak akan mengundur diri dalam masa terdekat walaupun isu untuk bersara mula timbul apabila usia saya mula mencecah awal 30an,” katanya.

Mun Yee menjelaskan ketika ini sudah memulakan latihan kecergasan dan terjunan sebagai persiapan menjelang Kejohanan Terjun Grand Prix FINA 2017 di Pusat Akuatik Nasional dari 26 hingga 29 Oktober ini.

“Tapi saya perlu memperbaiki teknik terjunan kerana dalam kejohanan perlu ada lima terjunan, jadi kena sentiasa konsisten,” kata Mun Yee.

Menyentuh mengenai masa depan Malaysia dalam sukan itu, Mun Yee berharap lebih ramai pelapis dapat meningkat selain terjun terus berkembang dan dikenali di seluruh dunia dan negara amnya.