Bibi Ramjani Illias Khan dalam pemilihannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dua hari lepas mula mengorak langkah dengan memberi kejutan kepada barisan pemain Piala Presiden, iaitu dengan menyelesaikan tunggakan gaji mereka.

Masalah dalaman yang melanda pemain kini akan diselesaikan selepas perkara itu dibahas dalam mesyuarat pertama kepimpinan baharu KAFA semalam.

Pembelaan nasib yang menimpa pemain iaitu tunggakan gaji selama dua bulan akan diselesaikan sendiri oleh Presiden baharu KAFA, malah beliau sendiri akan turun berjumpa setiap pemain untuk menyerahkan gaji tersebut.

“Langkah ini diharap dapat memberi suntikan semangat buat para pemain yang bakal beraksi menentang Negeri Sembilan dalam saingan suku akhir Piala Presiden di laman sendiri, 21 September depan”, katanya.

Beliau juga mahu barisan pemain skuad Liga Super Kelantan terus fokus terhadap baki tiga perlawanan bagi mengelakkan TRW jatuh ke Liga Perdana.

Foto Kredit: Asiana.MY