Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak mempunyai hasrat untuk menjadikan jurulatih skuad kebangsaan, Eduardo Vingada sebagai kambing hitam selepas persembahan yang mengecewakan oeh Malaysia.
Selepas gagal untuk mencatat kemenangan dalam lima perlawanan, peminat bola sepak tidak puas hati dengan pengendalian pasukan Vingada sejak perlantikannya pada bulan Mei lalu.
Tungku Ismail berkata bahawa jurulatih kelahiran Portugis itu tidak patut dipersalahkan selepas hanya lima perlawanan malah perlu lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Malaysia.
“Jika kita melantik jurulatih baru sekarang, ia tidak akan mengubah keputusan pasukan kebangsaan kerana kita tidak mempunyai pemain tempatan yang bagus.
“Mustahil bagi Vingada untuk memulihkan bola sepak Malaysia dalam masa beberapa bulan kerana pemain kami tidak mempunyai kekuatan mental yang kuat dan faktor kemenangan yang diperlukan.
“Kami telah tidur selama 30 tahun manakala negara seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan juga Syria telah meningkatkan prestasi mereka” katanya.
Sejak perlantikan Vingada, Malaysia gagal untuk meraih kemenangan dalam lima perlawanan, diikat seri sekali dan tewas empat kali.
Foto Kredit: Zimbio